Selasa, 28 Februari 2017

PANDUAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019


Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.

Tindakan Ibu Bapa/Waris/Penjaga

Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).

Pastikan kohot umur anak adalah betul.
Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012. Tahun 1 pada 2018.
 Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 januari 2013. Tahun 1 pada 2019.

 Layari laman Web https://public.moe.gov.my  Sistem dibuka mulai 01 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai pengguna sebelum ini.

Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.

Daftar anak menggunakan Nombor  Mykid / surat beranak jika tiada nombor Mykid.

Isi semua maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.

Klik simpan bagi setiap paparan yang telah diisi.

Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang telah diisi.

Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas hati.

Cetak maklumat permohonan dan tandatangan.

Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri maklumat yang telah dicetak bersama-sama dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan dan perakuan oleh pihak sekolah.

Ibu Bapa / Waris boleh menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses permohonan.

ibu Bapa / Waris boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat proses kelulusan dan penempatan.

Tindakan Sekolah.

Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan cara  log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my dengan menggunakan ID dan Password ADMIN dan klik pada menu edaftar rendah.

PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris. (rujuk senarai semak dalam dokumen permohonan yang dicetak oleh waris)

PT perlu semak maklumat permohonan dengan teliti dan buat perakuan dalam sistem setelah menu e-daftar rendah untuk PT dibuka).

Menu e-Daftar Rendah untuk Pembantu Tadbir (PT) masih dibuka selepas permohonan secara atas talian oleh waris di tutup. (Selepas 30 April 2017)

Permohonan secara manual masih boleh dilakukan oleh PT selepas 30 April 2017.

PT perlu isi maklumat permohonan jika pendaftaran dilakukan secara manual.

Tindakan PPD

Memantau proses permohonan oleh waris dan sekolah.

Membuat penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.

Meluluskan rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.


Sila klik pada gambar di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.


Takwim e-Daftar Rendah

Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2017
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2017
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2016
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2017
Tarikh Rayuan Ditutup : 30-09-2017
Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01-08-2017