Jumaat, 28 Julai 2017

eDaftat Menengah (Pendaftaran Tingkatan 1)

Salam sejahtera. Proses pendaftaran pelajar ke Tingkatan Satu 2018 dibuka mulai 1 Ogos 2017. Guru kelas boleh klik di sini untuk terus ke laman APDM bagi proses pendaftaran e-daftar menengah. Borang BPPS untuk diisi oleh pelajar boleh dimuat turun dengan klik di sini.

Selasa, 4 Julai 2017

AWAS!!!!!! JAUHI LAMAN APDM PALSU (APLIKASI PANGKALAN DATA MURID)

Awas!!!! Jauhi laman Web APDM palsu 

(Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Semua warga pendidik atau pengguna laman web APDM perlu peka kepada kewujudan laman web APDM palsu. Terdapat banyak laman web APDM palsu dibina oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang tidak diketahui. Seperti yang semua sedia maklum aplikasi / laman web APDM merupakan pangkalan data pelajar sekolah seluruh malaysia yang sangat penting. Sehubungan itu semua pengguna dan ADMIN kepada aplikasi APDM ini perlu berhati-hati dan menjaga kerahsian ID dan kata laluan masing masing.

Kenapa perlu berhati-hati dengan laman web APDM palsu?

  1. Laman web APDM palsu dibuat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang kita tidak ketahui.
  2. Dibimbangi laman web APDM palsu mempunyai unsur-unsur virus yang boleh menceroboh sistem komputer kita dan mencuri-maklumat-maklumat atau data-data peribadi yang penting.
  3. Berkemungkinan Laman web APDM Palsu boleh mencuri ID dan Kata Laluan Admin atau Pengguna APDM apabila admin atau pengguna 'key In" ID dan kata laluan dalam laman web APDM palsu tersebut dan seterunya mencuri maklumat-maklumat yang terdapat dalam APDM.

Apakah tindakan kita sebagai admin atau pengguna APDM?

  1. Taip URL atau alamat laman web https://apdm.moe.gov.my dalam "adress bar" browser. jangan taip pada "search" kerana akan muncul berpuluh-puluh laman APDM palsu.
  2. Jangan klik kepada sebarang ikon APDM atau link APDM yang tidak pasti atau tidak jelas URL (alamat) web nya.
  3. Set "bookmark" laman web APDM supaya memudahkan admin atau pengguna apabila hendak melayari aplikasi pada waktu akan datang.
  4. ID dan kata lauan APDM adalah sulit dan perlu disimpan dengan berhati-hati.

Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna APDM dari terperangkap dengan laman-laman APDM palsu.