Rabu, 6 Disember 2017

Semakan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah membuka semakan pusat UKSBP bermula pada 30 November 2017 hingga 15 Disember 2017. Untuk membuat semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian sila klik di sini.



Sumber : Laman Web KPM

PENGGUNAAN BUKU KERJA MURID DI SEKOLAH RENDAH

Penggunaan buku kerja di sekolah rendah telah menimbulkan berbagai reaksi dari guru-guru dan ibu bapa. Beberapa pekeliling Kementerian Pendidikan telah dikeluarkan untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Dalam hal ini, Kementerian berpendapat bahawa buku kerja yang baik dan sesuai isi kandungannya sebagai bahan tambahan boleh digunakan oleh guru-guru untuk memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tanpa mengabaikan penggunaan buku teks. Perlu ditegaskan di sini bahawa buku teks adalah merupakan bahan utama yang wajib digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan buku kerja hanyalah sebagai bahan tambahan.

Pihak KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2000 sebagai garis panduan mengenai penggunaan buku kerja sekolah rendah untuk dipatuhi oleh semua Guru Besar dan guru. Garis panduan tersebut adalah seperti berikut:

(A) PENGGUNAAN
  1. Murid-Murid Tahap I tidak dibenarkan menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti (BLA) telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.
  2. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar bagi tiap-tiap satu mata pelajaran KBSR seperti dalam jadual berikut:


JENIS SEKOLAH
MATA PELAJARAN
SK
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
SJKC
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina
SJKT
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil

(B) PEMILIHAN
Bagi murid-murid di Tahap 2,
  1. Pemilihan buku-buku kerja hendaklah dilakukan oleh panitia mata pelajaran KBSR sekolah masing-masing berdasarkan kepada keperluan pelajar dan kesesuaian isi kandungan, mutu dan harga.
  2. Hanya satu judul buku kerja dibenarkan dipilih untuk tiap-tiap satu mata pelajaran seperti di para 2(A) 2 di atas.
  3. Isi kandungan buku kerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dan menepati kemahiran yang disarankan dalam Buku Panduan Khas KBSR dan sesuai dengan peringkat kebolehan murid. Laporan pemilihan yang terperinci hendaklah disediakan bagi setiap buku kerja yang dipilih berdasarkan criteria sekolah masing-masing mengenai isi kandungan, mutu dan harga.
  4. Harga buku kerja yang dipilih hendaklah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa.
  5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah dimaklurnkan mengenai buku-buku kerja yang dipilih.

 (C) PENJUALAN
  1. Penerbit tidak dibenarkan membuat promosi jualan kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
  2. Buku kerja tidak dijual pada awal tahun persekolahan untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa,
  3. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja yang dipilih oleh pihak sekolah dan ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau tidak buku kerja yang dicadangkan. 
  4. Setiap judul buku kerja yang dipilih hendaklah disenaraikan dalam kategori 'pilihan' dalam senarai tajuk buku dan peralatan yang dicadangkan untuk dibeli oleh murid.


Sumber : SPI KPM Bil.1/2000 (sila klik untuk muat turun)

Selasa, 5 Disember 2017

Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017  Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018 boleh dimuat turun di sini


Sumber : Laman Web KPM

Selasa, 14 November 2017

SOP PENGURUSAN MURID


Dalam posting kali ini admin akan berkongsi beberapa PPT Show berkaitan SOP dan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh waris. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun dokumen berkenaan.

Isnin, 23 Oktober 2017

BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Kepada pegawai-pegawai kakitangan awam yang dalam pemangkuan perlu mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas untuk urusan perakuan kenaikan pangkat sama ada hakiki atau Khas Untuk Penyandang (KUP). Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut.


Rabu, 4 Oktober 2017

PERMOHONAN LAWATAN PELAJAR



GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG
DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957
(THE SCHOOLS (TOURS) REGULATIONS 1957

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Sschools (Tours) Regulation 1957” Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966. Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.

2. Pekeliling-pekeliling yang masih berkuat kuasa perlu dipatuhi sepenuhnya. Surat Pekeliling Ikhtisan bil.12/2000, Surat Pekeliling Ikhtisan bil.5/2002, dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2016,

3. Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan.Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.

4. Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
Bagi Lawatan Ke luar Negeri, tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan dan tambahan 1 salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.

Contoh:
Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka (1 salinan)
Port Dickson di Negeri sembilan (1 salinan)
Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan (1 salinan)
Jumlah borang ( 6 + 3 = 9 salinan )

  • Pastikan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar /Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru besar / Pengetua)
  • Borang permohonan perlu dihantar ke PPD Baling Sik dalam tempoh 4 minggu sebelum tarikh lawatan. 
Dokumen-dokumen berkaitan Lawatan pelajar boleh dimuat turun dengan cara klik pada pautan di bawah.

1. Surat Permohonan Kebenaran Lawatan oleh sekolah.
2. Borang permohonan Lawatan (LAW A) diisi mengikut jumlah seperti perkara 4 di atas)
3. Surat Kebenaran Lawatan (LAW B) diisi mengikut jumlah borang (LAW A)
4. SPI.Bil.12.2000 lawatan hari sekolah.
5. SPI.Bil.5.2002 lawatan hari persekolahan.
6. SPI.Bil.5.2007.Garis panduan lawatan.
7. SPI Bil.5.2016. Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Dalam atau Luar Sekolah terkini.
8. SPKPM.KP.8592I Bertarikh 12.7.1966.
9. Surat Siaran Pematuhan Peraturan Lawatan JPN Kedah
8. Senarai Semak Permohonan Lawatan.

Rabu, 20 September 2017

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN, SMKA, KRK DAN KAA TAHUN 2018

Permohonan Ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018 telah dibuka pada 17 September 2017. Ibu bapa atau waris pelajar yang berminat sila berhubung dengan pihak sekolah rendah (PK HEM/ guru kelas / penyelaras tahun 6) tempat pelajar bersekolah sekarang ini untuk mendapatkan borang permohonan.

Takwim permohonan ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018.


17 September 2017 hingga 20 September 2017 edaran borang oleh pihak sekolah. kepada waris.

18 September hingga 20 September 2017 sekolah menerima borang daripada waris.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 pihak sekolah mengisi permohonan dalam sistem APDM.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 Proses pengesahan permohonan yang lengkap oleh pentadbir sekolah.

17 Disember 2017 Keputusan kelulusan permohonan akan diumumkan. Waris akan dimaklumkan melalui SMS.

Jumaat, 28 Julai 2017

eDaftat Menengah (Pendaftaran Tingkatan 1)

Salam sejahtera. Proses pendaftaran pelajar ke Tingkatan Satu 2018 dibuka mulai 1 Ogos 2017. Guru kelas boleh klik di sini untuk terus ke laman APDM bagi proses pendaftaran e-daftar menengah. Borang BPPS untuk diisi oleh pelajar boleh dimuat turun dengan klik di sini.