Jumaat, 2 Mac 2018

PANDUAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2020 DAN 2021


Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.

Tindakan Ibu Bapa/Waris/Penjaga

Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).

Pastikan kohot umur anak adalah betul.
Lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015. Tahun 1 pada 2021.
 Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.

 Layari laman Web https://public.moe.gov.my  Sistem dibuka mulai 01 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai pengguna sebelum ini.

Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.

Daftar anak menggunakan Nombor  Mykid / surat beranak jika tiada nombor Mykid.

Isi semua maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.

Klik simpan bagi setiap paparan yang telah diisi.

Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang telah diisi.

Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas hati.

Cetak maklumat permohonan dan tandatangan.

Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri maklumat yang telah dicetak bersama-sama dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan dan perakuan oleh pihak sekolah.

Ibu Bapa / Waris boleh menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses permohonan.

ibu Bapa / Waris boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat proses kelulusan dan penempatan.

Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.

Tindakan Sekolah.

Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan cara  log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my dengan menggunakan ID dan Password Admin dan klik pada menu edaftar rendah.

PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris. (rujuk senarai semak dalam dokumen permohonan yang dicetak oleh waris)

PT perlu semak maklumat permohonan dengan teliti dan buat perakuan dalam sistem APDM.

Tindakan PPD

Memantau proses permohonan oleh waris dan sekolah.

Membuat penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.

Meluluskan rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.


Sila klik pada url yang diberikan di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.


Takwim e-Daftar Rendah

Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2020
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2020
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2020 hingga bulan Disember.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Ditutup : 30-09-2020

Proses Rayuan Pertukaran Penempatan.

Waris boleh membuat Rayuan Pertukaraan Penempatan melalui cara berikut.

1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web https://public.moe.gov.my  dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.

2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris  perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.




11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. salam... nak tanya.. klu anak darjah satu tahun 2020.. dan terlepas pendaftaran tahun nie.... masih boleh ke mendaftar tahun hadapan..?

    BalasPadam
  3. t.kasih, blog yg sangat membantu, mohon izin share sebagai rujukan....

    BalasPadam
  4. contoh borang daftar lewat tahun 1

    BalasPadam
  5. kalau utk yg lewat daftar tu still boleh check pengesahan penempatan dn sebagainya pada 1 ogos tu ke?

    BalasPadam
  6. Bolehkah saya batal rayuan online dan mohon lagi rayuan online kerana ingin memasukkan alasan saya yang ingin membuat pertukaran sekolah?

    BalasPadam
  7. Bagaimana sy nk daftar lewat sekolah anak selewat 3tahun .anak lahir tahun 2011 tetapi hingga kini blm bersekolah.apekah yg perlu sy lakukan utk daftarkan anak sy ke sekolah?

    BalasPadam
  8. Bagaimana utk saya daftra lewat sekolah ank sy selewat 3tahun.ank sy lahir tahun 2011 tetapi hingga kini blm sekolah atau daftar mane2 sekolah.ape kah yg patut saya lakukan utk sekplahkan ank sy sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan boleh pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah terdekat untuk membuat permohonan bersekolah semula untuk kes cicir.

      Padam
  9. Tuan, sy terlepas tarikh rayuan pertukaran sekolah bg anak tahun 1 secara online. Ada cara lain sy boleh buat rayuan pertukaransekolah?

    BalasPadam
  10. Tuan, sy terlepas tarikh rayuan pertukaran sekolah bganak tahun 1 secara online. Ada cara lain sy boleh buat rayuan pertukaran sekolah?

    BalasPadam