Khamis, 12 Oktober 2017

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018

Pemohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2018 boleh dilakukan mulai 16 Oktober 2017 hingga 19 November 2017. Sila klik di sini  atau ikon di atas untuk membuat permohonan.

Rabu, 4 Oktober 2017

PERMOHONAN LAWATAN PELAJAR



GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG
DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957
(THE SCHOOLS (TOURS) REGULATIONS 1957

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Sschools (Tours) Regulation 1957” Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966. Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.

2. Pekeliling-pekeliling yang masih berkuat kuasa perlu dipatuhi sepenuhnya. Surat Pekeliling Ikhtisan bil.12/2000, Surat Pekeliling Ikhtisan bil.5/2002, dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2016,

3. Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan.Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.

4. Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
Bagi Lawatan Ke luar Negeri, tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan dan tambahan 1 salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.

Contoh:
Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka (1 salinan)
Port Dickson di Negeri sembilan (1 salinan)
Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan (1 salinan)
Jumlah borang ( 6 + 3 = 9 salinan )

  • Pastikan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar /Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru besar / Pengetua)
  • Borang permohonan perlu dihantar ke PPD Baling Sik dalam tempoh 4 minggu sebelum tarikh lawatan. 
Dokumen-dokumen berkaitan Lawatan pelajar boleh dimuat turun dengan cara klik pada pautan di bawah.

1. Surat Permohonan Kebenaran Lawatan oleh sekolah.
2. Borang permohonan Lawatan (LAW A) diisi mengikut jumlah seperti perkara 4 di atas)
3. Surat Kebenaran Lawatan (LAW B) diisi mengikut jumlah borang (LAW A)
4. SPI.Bil.12.2000 lawatan hari sekolah.
5. SPI.Bil.5.2002 lawatan hari persekolahan.
6. SPI.Bil.5.2007.Garis panduan lawatan.
7. SPI Bil.5.2016. Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Dalam atau Luar Sekolah terkini.
8. SPKPM.KP.8592I Bertarikh 12.7.1966.
9. Surat Siaran Pematuhan Peraturan Lawatan JPN Kedah
8. Senarai Semak Permohonan Lawatan.

Rabu, 20 September 2017

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN, SMKA, KRK DAN KAA TAHUN 2018

Permohonan Ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018 telah dibuka pada 17 September 2017. Ibu bapa atau waris pelajar yang berminat sila berhubung dengan pihak sekolah rendah (PK HEM/ guru kelas / penyelaras tahun 6) tempat pelajar bersekolah sekarang ini untuk mendapatkan borang permohonan.

Takwim permohonan ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018.


17 September 2017 hingga 20 September 2017 edaran borang oleh pihak sekolah. kepada waris.

18 September hingga 20 September 2017 sekolah menerima borang daripada waris.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 pihak sekolah mengisi permohonan dalam sistem APDM.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 Proses pengesahan permohonan yang lengkap oleh pentadbir sekolah.

17 Disember 2017 Keputusan kelulusan permohonan akan diumumkan. Waris akan dimaklumkan melalui SMS.

Jumaat, 28 Julai 2017

eDaftat Menengah (Pendaftaran Tingkatan 1)

Salam sejahtera. Proses pendaftaran pelajar ke Tingkatan Satu 2018 dibuka mulai 1 Ogos 2017. Guru kelas boleh klik di sini untuk terus ke laman APDM bagi proses pendaftaran e-daftar menengah. Borang BPPS untuk diisi oleh pelajar boleh dimuat turun dengan klik di sini.

Selasa, 4 Julai 2017

AWAS!!!!!! JAUHI LAMAN APDM PALSU (APLIKASI PANGKALAN DATA MURID)

Awas!!!! Jauhi laman Web APDM palsu 

(Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Semua warga pendidik atau pengguna laman web APDM perlu peka kepada kewujudan laman web APDM palsu. Terdapat banyak laman web APDM palsu dibina oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang tidak diketahui. Seperti yang semua sedia maklum aplikasi / laman web APDM merupakan pangkalan data pelajar sekolah seluruh malaysia yang sangat penting. Sehubungan itu semua pengguna dan ADMIN kepada aplikasi APDM ini perlu berhati-hati dan menjaga kerahsian ID dan kata laluan masing masing.

Kenapa perlu berhati-hati dengan laman web APDM palsu?

  1. Laman web APDM palsu dibuat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang kita tidak ketahui.
  2. Dibimbangi laman web APDM palsu mempunyai unsur-unsur virus yang boleh menceroboh sistem komputer kita dan mencuri-maklumat-maklumat atau data-data peribadi yang penting.
  3. Berkemungkinan Laman web APDM Palsu boleh mencuri ID dan Kata Laluan Admin atau Pengguna APDM apabila admin atau pengguna 'key In" ID dan kata laluan dalam laman web APDM palsu tersebut dan seterunya mencuri maklumat-maklumat yang terdapat dalam APDM.

Apakah tindakan kita sebagai admin atau pengguna APDM?

  1. Taip URL atau alamat laman web https://apdm.moe.gov.my dalam "adress bar" browser. jangan taip pada "search" kerana akan muncul berpuluh-puluh laman APDM palsu.
  2. Jangan klik kepada sebarang ikon APDM atau link APDM yang tidak pasti atau tidak jelas URL (alamat) web nya.
  3. Set "bookmark" laman web APDM supaya memudahkan admin atau pengguna apabila hendak melayari aplikasi pada waktu akan datang.
  4. ID dan kata lauan APDM adalah sulit dan perlu disimpan dengan berhati-hati.

Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna APDM dari terperangkap dengan laman-laman APDM palsu.

Rabu, 21 Jun 2017

Sekolah Perlu Lapor Kes Buli


Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia


Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia

Surat Pelaksanaan dari KPM sila klik di sini
Sijil Perlindungan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia sila klik di sini
Panduan tatacata membuat tuntutan sila klik di sini.
Untuk muat turun borang tuntutan sila klik di sini


KETERANGAN RINGKAS TENTANG SKIM TAKAFUL PELAJAR MALAYSIA


SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN(TPSM)


I. TUJUAN SKIM

Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajar pelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” berasakan suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.


II. PELAKSANAAN SKIM

Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

III. SKOP PERLINDUNGAN

3.1 TPSM yang dicadangkan ini menyediakan manfaat perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk :

i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.

3.2 Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut :

SKOP AMAUN (RM)

A) KEMATIAN akibat kemalangan - 5000

B) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH Akibat kemalangan - 20,000

C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut : - 20,000
a) Satu atau kedua-dua tangan di atas paras dari pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan sebelah atau kedua-dua mata Akibat dari kemalangan.

D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit biasa - 1,000

E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari, Semasa tempoh dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia disebabkan oleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan. - 25.00 sehari

3.3 Had perlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.

3.4 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi seluruh dunia.

IV. TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.


V. KEKECUALIAN

5.1 Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luas, ia adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut :

(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.

Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix) dan (x).

VI. TUNTUTAN

6.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.

6.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajar-pelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB. 

6.3 Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara langsung mengenai TPSM dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan dengan STMSB.

6.4 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.

6.5 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.

6.6 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.


*Maklumat ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Sila rujuk dengan syarikat Takaful Malaysia untuk maklumat yang tepat dan terkini.



Skim Insurans Murid Sekolah bagi pelajar yang menaiki bas sekolah (SPAD).

Untuk muat turun borang tuntutan (SPAD) sila kilik di sini

Sabtu, 10 Jun 2017

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)


SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

Salam sejahtera.
Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita pernah mendengan SSDM. Dahulu SSDM adalah akronim bagi Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Untuk makluman kepada yang belum tahu akronim SSDM telah berubah, sesuai dengan penambahbaikan yang dilakukan kepada sistem ini. Nama baharu sistem ini ialah Sistem Sahsiah Diri Murid.

Kenapa nama sistem ini telah berubah? Secara ringkasnya penambahbaikan telah dilakukan kepada sistem ini. SSDM yang lama hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Fungsi SSDM yang telah ditambahbaik ialah pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah laku murid sahaja.

Melalui penambahbaikan ini para murid berpeluang untuk mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah. Nampak lebih adil bukan? 

Kepada guru-guru atau pihak sekolah yang perlu menggunakan sistem ini bolehlah klik di sini untuk mengakses ke sistem tersebut atau boleh juga klik pada ikon SSDM di sebelah.

Selasa, 6 Jun 2017

FORMAT NOTA SERAH TUGAS

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2004 perkara 12 (viii) (b), ketua jabatan bertanggungjawab memastikan pegawai yang akan bertukar menyediakan Nota Serah Tugas yang lengkap untuk melicinkan pengambilalihan tugas oleh pegawai pengganti. Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan penjawat awam yang tidak menggunakan format Nota Serah Tugas yang sepatutnya. Untuk memudahkan tuan/puan saya telah menyediakan Format Nota Serah Tugas tersebut dalam format Ms Word. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen tersebut.


Ahad, 4 Jun 2017

SSO KPM (Single Sign On)

MERUJUK SURAT SUARAN KPM BILANGAN 15 TAHUN 2015 KPM AKAN MELAKSANAKAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH.

OLEH YG DEMIKIAN KPM MEMINTA PENTADBIR. GURU DAN STAF PERLU MENDAFTAR SISTEM INI.

LANGKAH 2: OPEN & MINIMIZE LANGKAH 1

LANGKAH 3: BUKA E-OPERASI KLIK PADA LINK INI https://eoperasi.moe.gov.my/

LANGKAH 4: LOG MASUK
LOG ID
KATALALUAN
IC

LANGKAH 5: ANDA AKAN LIHAT DAFTAR SSO. CLICK DI SITU

LANGKAH 6: IKUT ARAHAN APABILA SUDAH CLICK  PD DAFTAR SSO. ANDA  DIMINTA MEMBUAT KATALALUAN

LANGKAH 7: APABILA SUDAH SELESAI BUKA SEMULA LANGKAH 2 YANG TELAH ANDA MINIMIZE

LANGKAH 8: LOG MASUK LANGKAH 7 ANDA DIMINTA MASUKKAN KATALALUAN YANG BARU DICIPTA

LANGKAH 9: SEKARANG ANDA BERADA DI SPS (SSO) DI BAHAGIAN MENU ANDA AKAN DAPAT MELIHAT PENGURUSAN SEKOLAH  . GURU . MURID

LANGKAH  10 : SEGALA MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI  HANYA PERLU DI BUAT DI SINI (MENYENANGKAN)

LANGKAH 11. LOG OUT SEKIRANYA MAHU KELUAR

LANGKAH 12: TAHNIAH. ..ANDA BERJAYA

LANGKAH 13: APABILA SUDAH SELESAI ANDA DIMINTA MENGISI BORANG UNTUK MENYIMPAN KATA LALUAN YANG BARU DICIPTA UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH DI KEMUDIAN HARI.

SETIAP KALI ADA HENDAK MASUK KE  SSO, ANDA HANYA PERLU KLIK DI SINI ATAU KLIK PADA IKON SSO YANG TELAH DISEDIAKAN. SELAMAT MENCUBA.

SEBARANG MASLAH ATAU PERTANYAAAN SILA HUBUNGI HELPDESK SSO
PENGGUNA BOLEH HANTAR EMEL KEPADA ssokpm@moe.gov.my
ATAU MENGISI BORANG LAPORAN ISU DI http://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Isnin, 3 April 2017

BORANG PERTUKARAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN

Guru Besar dan Penolong Kanan yang ingin bertukar dalam daerah, antara daerah atau antara negeri perlu mengisi borang permohonan pertukaran secara manual. Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut yang telah dibuat dalam format MS Excell untuk memudahkan tuan/puan.

Khamis, 9 Mac 2017

BORANG MAKLUMAT MURID UNTUK APDM


Bagi waris yang datang membuat pendaftaran manual untuk pendaftaran Tahun 1 pihak sekolah boleh menggunakan borang Maklumat Murid Untuk APDM. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web APDM ataupun Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut. Walau bagaimanapun borang ini tidak terdapat ruang untuk mengisi maklumat kesihatan.

Selasa, 28 Februari 2017

PANDUAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019


Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.

Tindakan Ibu Bapa/Waris/Penjaga

Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).

Pastikan kohot umur anak adalah betul.
Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012. Tahun 1 pada 2018.
 Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 januari 2013. Tahun 1 pada 2019.

 Layari laman Web https://public.moe.gov.my  Sistem dibuka mulai 01 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai pengguna sebelum ini.

Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.

Daftar anak menggunakan Nombor  Mykid / surat beranak jika tiada nombor Mykid.

Isi semua maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.

Klik simpan bagi setiap paparan yang telah diisi.

Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang telah diisi.

Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas hati.

Cetak maklumat permohonan dan tandatangan.

Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri maklumat yang telah dicetak bersama-sama dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan dan perakuan oleh pihak sekolah.

Ibu Bapa / Waris boleh menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses permohonan.

ibu Bapa / Waris boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat proses kelulusan dan penempatan.

Tindakan Sekolah.

Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan cara  log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my dengan menggunakan ID dan Password ADMIN dan klik pada menu edaftar rendah.

PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris. (rujuk senarai semak dalam dokumen permohonan yang dicetak oleh waris)

PT perlu semak maklumat permohonan dengan teliti dan buat perakuan dalam sistem setelah menu e-daftar rendah untuk PT dibuka).

Menu e-Daftar Rendah untuk Pembantu Tadbir (PT) masih dibuka selepas permohonan secara atas talian oleh waris di tutup. (Selepas 30 April 2017)

Permohonan secara manual masih boleh dilakukan oleh PT selepas 30 April 2017.

PT perlu isi maklumat permohonan jika pendaftaran dilakukan secara manual.

Tindakan PPD

Memantau proses permohonan oleh waris dan sekolah.

Membuat penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.

Meluluskan rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.


Sila klik pada gambar di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.


Takwim e-Daftar Rendah

Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2017
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2017
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2016
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2017
Tarikh Rayuan Ditutup : 30-09-2017
Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01-08-2017