Sabtu, 15 Oktober 2016

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 2017

Permohonan untuk bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh untuk Tingkatan 4 2018 telah dibuka mulai 13 November hingga 24 Disember 2017. Sila klik di sini untuk proses permohonan. 

Khamis, 29 September 2016

Permohonan Sekolah Kawalan Untuk Guru Kelas

Kepada guru kelas atau penyelaras Tahun 6 boleh klik di sini atau pada ikon APDM di sebelah untuk proses permohonan.

Selasa, 30 Ogos 2016

SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM BILANGAN 5 TAHUN 2016

PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH. untuk muat turun sila klik di sini

Selasa, 12 Julai 2016

Akta Pendidikan 1996

Dunia pendidikan semakin mencabar. Kepimpinan sekolah juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal mendatang. Pegetahuan AM tentang pentadbiran dan kepimpinan sudah menjadi satu kemestian supaya dapat melaksanakan tugas dengan cekap, berintegriti dan berkesan. Melalui postiong kali ini admin ingin berkongsi Akta Pendidikan 1996 dalam bentuk pdf untuk memudahkan rujukan kita semua. Sila klik di sini untuk muat turun.

Isnin, 18 April 2016

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM DAN E-RAYUAN SESI TAHUN 2016

Berita baik kepada lepasan SPM 2015. Anda boleh membuat SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM DAN E-RAYUAN SESI TAHUN 2016 dengan kilik di sini. sekiranya tidak mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat terus dalam talian atau boleh secara manual melaui PPD masing-masing.

Selasa, 22 Disember 2015

Surat Siaran Pemangkuan DG 42

Berita baik untuk rakan-rakan guru yang telah tamat pengajian dan mendapat ijazah. Surat siaran urusan pemangkuan Gred DG 42 telah dikelaurkan oleh KPM. Klik di sini untuk muat turun surat serta borang berkaitan.

Rabu, 16 Disember 2015

Permohonan ke Sekolah Kawalan Untuk Waris

Ibu bapa atau waris pelajar tahun 6 boleh membuat permohonan ke sekolah kawalan secara atas talian. Permohonan telah dibuka. Sila klik di sini untuk membuat permohonan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan PK HEM  atau Penyelaras Tahun 6.

Isnin, 16 November 2015

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH

Admin dapati pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak.  Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, di sini admin senaraikan secara ringkar keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan.


DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN

1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi oleh sekolah asal)
2. 2 Salinan surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah / surat cerai
5. 2 Salinan surat hak penjagaan anak (kes cerai)
6. 2 Salinan Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. 2 Salinan Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan Borang Permohonan (Rujuk PPD masing-masing)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Salinan surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Salinan surat anak angkat (jika anak angkat)

KEMASUKAN MURID WARGANEGARA TANPA DOKUMEN SIJIL LAHIR
1. Perlu pengesahan kelahiran.
2. Anak Wargenegara.
3. Ada bukti kelahiran di Malaysia.
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
5. Surat perakuan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
5. Membuat permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri. (rujuk PPD)

URUSAN PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
    (kerana tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan perkapita
    khas murid yang tidak boleh dipindahkan)