Isnin, 3 April 2017

BORANG PERTUKARAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN

Guru Besar dan Penolong Kanan yang ingin bertukar dalam daerah, antara daerah atau antara negeri perlu mengisi borang permohonan pertukaran secara manual. Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut yang telah dibuat dalam format MS Excell untuk memudahkan tuan/puan.

Khamis, 9 Mac 2017

BORANG MAKLUMAT MURID UNTUK APDM


Bagi waris yang datang membuat pendaftaran manual untuk pendaftaran Tahun 1 pihak sekolah boleh menggunakan borang Maklumat Murid Untuk APDM. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web APDM ataupun Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut. Walau bagaimanapun borang ini tidak terdapat ruang untuk mengisi maklumat kesihatan.

Sabtu, 15 Oktober 2016

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 2017

Permohonan untuk bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh untuk Tingkatan 4 2018 telah dibuka mulai 13 November hingga 24 Disember 2017. Sila klik di sini untuk proses permohonan. 

Khamis, 29 September 2016

Permohonan Sekolah Kawalan Untuk Guru Kelas

Kepada guru kelas atau penyelaras Tahun 6 boleh klik di sini atau pada ikon APDM di sebelah untuk proses permohonan.

Selasa, 30 Ogos 2016

SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM BILANGAN 5 TAHUN 2016

PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH. untuk muat turun sila klik di sini

Selasa, 12 Julai 2016

Akta Pendidikan 1996

Dunia pendidikan semakin mencabar. Kepimpinan sekolah juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal mendatang. Pegetahuan AM tentang pentadbiran dan kepimpinan sudah menjadi satu kemestian supaya dapat melaksanakan tugas dengan cekap, berintegriti dan berkesan. Melalui postiong kali ini admin ingin berkongsi Akta Pendidikan 1996 dalam bentuk pdf untuk memudahkan rujukan kita semua. Sila klik di sini untuk muat turun.

Isnin, 18 April 2016

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM DAN E-RAYUAN SESI TAHUN 2016

Berita baik kepada lepasan SPM 2015. Anda boleh membuat SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM DAN E-RAYUAN SESI TAHUN 2016 dengan kilik di sini. sekiranya tidak mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat terus dalam talian atau boleh secara manual melaui PPD masing-masing.

Selasa, 22 Disember 2015

Surat Siaran Pemangkuan DG 42

Berita baik untuk rakan-rakan guru yang telah tamat pengajian dan mendapat ijazah. Surat siaran urusan pemangkuan Gred DG 42 telah dikelaurkan oleh KPM. Klik di sini untuk muat turun surat serta borang berkaitan.