Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.
Tindakan
Ibu Bapa/Waris/Penjaga
Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).
Pastikan
kohot umur anak adalah betul.
Lahir
pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015. Tahun 1 pada 2021.
Lahir
pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.
Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai
pengguna sebelum ini.
Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.
Daftar anak menggunakan Nombor Mykid / surat
beranak jika tiada nombor Mykid.
Isi semua
maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.
Klik simpan
bagi setiap paparan yang telah diisi.
Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang
telah diisi.
Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas
hati.
Cetak maklumat
permohonan dan tandatangan.
Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri
maklumat yang telah dicetak bersama-sama
dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan
Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan
dan perakuan oleh pihak sekolah.
Ibu Bapa / Waris boleh
menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses
permohonan.
ibu Bapa / Waris
boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat
proses kelulusan dan penempatan.
Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
Tindakan Sekolah.
Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan
cara log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my
dengan menggunakan ID dan Password Admin dan klik pada menu edaftar rendah.
PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris.
(rujuk senarai semak dalam dokumen
permohonan yang dicetak oleh waris)
PT perlu
semak maklumat permohonan dengan teliti
dan buat perakuan dalam sistem APDM.
Tindakan PPD
Memantau proses
permohonan oleh waris dan sekolah.
Membuat
penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Meluluskan
rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.
Sila klik pada url yang diberikan di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.
Takwim e-Daftar Rendah
Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2020
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2020
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2020 hingga bulan Disember.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan
Ditutup : 30-09-2020
Proses Rayuan Pertukaran Penempatan.
Waris boleh membuat Rayuan Pertukaraan Penempatan melalui cara berikut.
1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web
https://public.moe.gov.my dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.
2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.