Rabu, 20 September 2017

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN, SMKA, KRK DAN KAA TAHUN 2018

Permohonan Ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018 telah dibuka pada 17 September 2017. Ibu bapa atau waris pelajar yang berminat sila berhubung dengan pihak sekolah rendah (PK HEM/ guru kelas / penyelaras tahun 6) tempat pelajar bersekolah sekarang ini untuk mendapatkan borang permohonan.

Takwim permohonan ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018.


17 September 2017 hingga 20 September 2017 edaran borang oleh pihak sekolah. kepada waris.

18 September hingga 20 September 2017 sekolah menerima borang daripada waris.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 pihak sekolah mengisi permohonan dalam sistem APDM.

20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 Proses pengesahan permohonan yang lengkap oleh pentadbir sekolah.

17 Disember 2017 Keputusan kelulusan permohonan akan diumumkan. Waris akan dimaklumkan melalui SMS.

7 ulasan:

  1. Salam cikgu...saya dah terlepas tarikh memohon, tapi sangat berminat utk memohon, adakah cara lain utk mohon ni.

    BalasPadam
  2. klau nak mohon lagi tapi terlepas tarikh boleh ke?

    BalasPadam
  3. bagaimana hendak memohon kemasukan ke smka bagi pengambilan pelajar tingkatan 4 2018?

    BalasPadam
  4. Kalau nak buat rayuan bagaimana ya..sebab anak dah memohon melalui sekolah tetapi semasa panggilan temuduga, nama anak saya tidak terpilih.jadi jika sekiranya dapat membuat rayuan permohonan dengan menyertakan keputusan upkk dan upsr sekali.

    BalasPadam
  5. bagaimana hendak memohon untuk tingkatan 4 2018

    BalasPadam
  6. Tarikh tutup sblum result klua??

    BalasPadam