Portal perkongsian maklumat berkaitan Perkhidmatan Pendidikan. Sila klik butang Follow untuk sentiasa mendapat maklumat terkini.
Selasa, 22 Disember 2015
Rabu, 16 Disember 2015
Permohonan ke Sekolah Kawalan Untuk Waris
Ibu bapa atau waris pelajar tahun 6 boleh membuat permohonan ke sekolah kawalan secara atas talian. Permohonan telah dibuka. Sila klik di sini untuk membuat permohonan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan PK HEM atau Penyelaras Tahun 6.
Isnin, 16 November 2015
URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID SEKOLAH
Admin dapati pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak. Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, di sini admin senaraikan secara ringkar keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi oleh sekolah asal)
2. 2 Salinan
surat beranak / Kad Pengenalan pelajar
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah / surat cerai
5. 2 Salinan surat
hak penjagaan anak (kes cerai)
6. 2 Salinan Surat
anak angkat (jika anak angkat)
7. 2 Salinan Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)
DOKUMEN
URUSAN KEMASUKAN MURID MENGIKUT UMUR DARI SEKOLAH SWASTA /SAR/DARI LUAR
NEGARA/CICIR/TAK PERNAH SEKOLAH
1. 2 Salinan
Borang Permohonan (Rujuk PPD masing-masing)
2. 2 Salinan
surat beranak
3. 2 Salinan
IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan
surat nikah
5. 2 Salinan surat
hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Salinan surat anak
angkat (jika anak angkat)
KEMASUKAN
MURID WARGANEGARA TANPA DOKUMEN SIJIL LAHIR
1. Perlu
pengesahan kelahiran.
2. Anak
Wargenegara.
3. Ada bukti
kelahiran di Malaysia.
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
4. Mengisi dan melengkapkan borang SR/KSLPTSK (Pin.08) (rujuk PPD)
5. Surat perakuan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
6. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
5. Membuat
permohonan di Jabatan Pendidikan Negeri. (rujuk PPD)
URUSAN
PERTUKARAN MURID PRASEKOLAH
1. Tidak ada
sebarang pertukaran bagi murid prasekolah
(kerana
tidak semua sekolah ada kelas prasekolah dan ianya juga melibatkan peruntukan
perkapita
khas murid
yang tidak boleh dipindahkan)
Khamis, 5 November 2015
Takrif Cuti Peristiwa
Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi
Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 98, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.
Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:
(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.
Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.
sumber : Buku Takwim NUTP
2013, Johor; halaman 12.
Selasa, 4 Ogos 2015
Borang Tuntutan Perjalanan Format Terkini
Admin mendapat maklum bahawa format borang tuntutan perjalanan atau T&T telah berubah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan borang tersebut dalam format ms excell sila Klik di sini untuk muat turun.
Selasa, 28 Julai 2015
e-Prestasi
URL atau alamat web e-prestasi telah berubah. Semua pentadbir sekolah boleh mendapatkan maklumat dan bahan rujukan tentang e-prestasi dengan klik pada ikon Sistem Maklumat Guru di sebelah atau klik di sini
Guru-guru boleh menyemak maklumat peribadi dan markah prestasi dengan klik pada ikon di sebelah atau klik di sini.
Isnin, 27 Julai 2015
PEMATUHAN KOHOT UMUR UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1
Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pentadbir tentang kohot umur untuk kemasukan pelajar Tahun 1. Di sini admin sertakan kalausa berkenaan pematuhan kohot umur untuk pendaftaran tahun 1 sebagai panduan bersama.
'Mulai dari tahun 1998, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajan dan Sekolah Swasta dilarang menerima murid baru di bawah umur', sama ada didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun 1998 hendaklah dilahirkan di antara 2.1.1991 hingga 1,1,1992, Ini bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang herkenaan tidak. perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan,'
guru-guru atau pentadbir boleh muat turun surat berkenaan dengan klik di sini
Ahad, 19 April 2015
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid terkini.Sila Klik di sini untuk muat turun modul-modul tersebut.
Khamis, 9 April 2015
e-prestasi / PBPP
PBPP akan dilaksanakan sepenuhnya oleh KPM mulai April 2015. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat arahan pelaksanaan PBPP di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Sila klik di sini untuk muat turun surat tersebut.
Ahad, 15 Februari 2015
APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
PK HEM atau guru penyelaras perlu membaca terlebih dahulu Manual APB KWAPM ( guru KWAPM ) sebelum guru KWAPM dapat login dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan- Modul KWAPM.
Sila klik pada pautan di bawah untuk membaca manual pengguna berkaitan.
APB Biasiswa - Semakan Murid Berjaya
APB Biasiswa - Kemaskini Murid Tertanggung
APB KWAPM - Permohonan KWAPM (Pengguna - Guru KWAPM)
APB KWAPM - Permohonan KWAPM (Pengguna - Pengetua & Guru Besar)
Untuk ke laman sesawang Aplikasi Pengurusan Bantuan sila klik di sini atau klik pada ikon KWAPM di sebelah.
Rabu, 21 Januari 2015
Borang-borang KWAPM
Kepada guru-guru atau PK HEM yang memerlukan borang-borang berkaitan KWAPM sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.
Borang Akuan Penerimaan KWAPM format ms word
Borang Permohonan KWAPM format excell
Borang Permohonan KWAPM PDF
Borang Akuan Penerimaan KWAPM format ms word
Borang Permohonan KWAPM format excell
Borang Permohonan KWAPM PDF
Rabu, 14 Januari 2015
Borang Untuk Aplikasi Pangkalan Data Murid
Guru-guru atau PK HEM boleh muat turun borang Aplikasi Pangkalan Data murid yang telah disedaiakan oleh Admin APDM. Borang tersebut boleh digunakan untuk pendaftaran secara manual tahun 1 dan juga untuk mengemaskini maklumat APDM. Sila klik di sini untuk proses muat turun.
Langgan:
Catatan (Atom)