Sabtu, 10 Jun 2017

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)


SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

Salam sejahtera.
Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita pernah mendengan SSDM. Dahulu SSDM adalah akronim bagi Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Untuk makluman kepada yang belum tahu akronim SSDM telah berubah, sesuai dengan penambahbaikan yang dilakukan kepada sistem ini. Nama baharu sistem ini ialah Sistem Sahsiah Diri Murid.

Kenapa nama sistem ini telah berubah? Secara ringkasnya penambahbaikan telah dilakukan kepada sistem ini. SSDM yang lama hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Fungsi SSDM yang telah ditambahbaik ialah pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah laku murid sahaja.

Melalui penambahbaikan ini para murid berpeluang untuk mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah. Nampak lebih adil bukan? 

Kepada guru-guru atau pihak sekolah yang perlu menggunakan sistem ini bolehlah klik di sini untuk mengakses ke sistem tersebut atau boleh juga klik pada ikon SSDM di sebelah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan