Ahad, 31 Disember 2017

Langkah-Langkah Membuat Penetapan Kelas Untuk Murid Tahun 1 2018.

Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Dalam posting kali ini Admin akan berkongsi langkah-langkah untuk membuat penetapan kelas untuk murid-murid tahun 1 2018.





Setelah selesai proses Tetapan Kelas Tahun 1 2018. Guru Kelas boleh mengemaskini maklumat murid dengan menggunakan ID Guru Kelas.

Rabu, 6 Disember 2017

Semakan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah membuka semakan pusat UKSBP bermula pada 30 November 2017 hingga 15 Disember 2017. Untuk membuat semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian sila klik di sini.



Sumber : Laman Web KPM

PENGGUNAAN BUKU KERJA MURID DI SEKOLAH RENDAH

Penggunaan buku kerja di sekolah rendah telah menimbulkan berbagai reaksi dari guru-guru dan ibu bapa. Beberapa pekeliling Kementerian Pendidikan telah dikeluarkan untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Dalam hal ini, Kementerian berpendapat bahawa buku kerja yang baik dan sesuai isi kandungannya sebagai bahan tambahan boleh digunakan oleh guru-guru untuk memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tanpa mengabaikan penggunaan buku teks. Perlu ditegaskan di sini bahawa buku teks adalah merupakan bahan utama yang wajib digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan buku kerja hanyalah sebagai bahan tambahan.

Pihak KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2000 sebagai garis panduan mengenai penggunaan buku kerja sekolah rendah untuk dipatuhi oleh semua Guru Besar dan guru. Garis panduan tersebut adalah seperti berikut:

(A) PENGGUNAAN
  1. Murid-Murid Tahap I tidak dibenarkan menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti (BLA) telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.
  2. Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar bagi tiap-tiap satu mata pelajaran KBSR seperti dalam jadual berikut:


JENIS SEKOLAH
MATA PELAJARAN
SK
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
SJKC
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina
SJKT
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil

(B) PEMILIHAN
Bagi murid-murid di Tahap 2,
  1. Pemilihan buku-buku kerja hendaklah dilakukan oleh panitia mata pelajaran KBSR sekolah masing-masing berdasarkan kepada keperluan pelajar dan kesesuaian isi kandungan, mutu dan harga.
  2. Hanya satu judul buku kerja dibenarkan dipilih untuk tiap-tiap satu mata pelajaran seperti di para 2(A) 2 di atas.
  3. Isi kandungan buku kerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dan menepati kemahiran yang disarankan dalam Buku Panduan Khas KBSR dan sesuai dengan peringkat kebolehan murid. Laporan pemilihan yang terperinci hendaklah disediakan bagi setiap buku kerja yang dipilih berdasarkan criteria sekolah masing-masing mengenai isi kandungan, mutu dan harga.
  4. Harga buku kerja yang dipilih hendaklah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa.
  5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah dimaklurnkan mengenai buku-buku kerja yang dipilih.

 (C) PENJUALAN
  1. Penerbit tidak dibenarkan membuat promosi jualan kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
  2. Buku kerja tidak dijual pada awal tahun persekolahan untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa,
  3. Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja yang dipilih oleh pihak sekolah dan ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau tidak buku kerja yang dicadangkan. 
  4. Setiap judul buku kerja yang dipilih hendaklah disenaraikan dalam kategori 'pilihan' dalam senarai tajuk buku dan peralatan yang dicadangkan untuk dibeli oleh murid.


Sumber : SPI KPM Bil.1/2000 (sila klik untuk muat turun)