Penggunaan buku kerja di sekolah rendah telah menimbulkan
berbagai reaksi dari guru-guru dan ibu bapa. Beberapa pekeliling Kementerian
Pendidikan telah dikeluarkan untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Dalam hal
ini, Kementerian berpendapat bahawa buku kerja yang baik dan sesuai isi
kandungannya sebagai bahan tambahan boleh digunakan oleh guru-guru untuk
memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tanpa
mengabaikan penggunaan buku teks. Perlu ditegaskan di sini bahawa buku teks adalah
merupakan bahan utama yang wajib digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku kerja hanyalah sebagai bahan tambahan.
Pihak KPM telah mengeluarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2000 sebagai garis panduan mengenai penggunaan
buku kerja sekolah rendah untuk dipatuhi oleh semua Guru Besar dan guru. Garis
panduan tersebut adalah seperti berikut:
(A) PENGGUNAAN
- Murid-Murid Tahap I tidak dibenarkan menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti (BLA) telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.
- Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar bagi tiap-tiap satu mata pelajaran KBSR seperti dalam jadual berikut:
JENIS
SEKOLAH
|
MATA
PELAJARAN
|
SK
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
|
SJKC
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina
|
SJKT
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil
|
(B) PEMILIHAN
Bagi murid-murid di Tahap 2,
- Pemilihan buku-buku kerja hendaklah dilakukan oleh panitia mata pelajaran KBSR sekolah masing-masing berdasarkan kepada keperluan pelajar dan kesesuaian isi kandungan, mutu dan harga.
- Hanya satu judul buku kerja dibenarkan dipilih untuk tiap-tiap satu mata pelajaran seperti di para 2(A) 2 di atas.
- Isi kandungan buku kerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dan menepati kemahiran yang disarankan dalam Buku Panduan Khas KBSR dan sesuai dengan peringkat kebolehan murid. Laporan pemilihan yang terperinci hendaklah disediakan bagi setiap buku kerja yang dipilih berdasarkan criteria sekolah masing-masing mengenai isi kandungan, mutu dan harga.
- Harga buku kerja yang dipilih hendaklah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah dimaklurnkan mengenai buku-buku kerja yang dipilih.
(C) PENJUALAN
- Penerbit tidak dibenarkan membuat promosi jualan kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
- Buku kerja tidak dijual pada awal tahun persekolahan untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa,
- Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja yang dipilih oleh pihak sekolah dan ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau tidak buku kerja yang dicadangkan.
- Setiap judul buku kerja yang dipilih hendaklah disenaraikan dalam kategori 'pilihan' dalam senarai tajuk buku dan peralatan yang dicadangkan untuk dibeli oleh murid.
Sumber : SPI KPM Bil.1/2000 (sila klik untuk muat turun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan