Selasa, 4 Ogos 2015

Borang Tuntutan Perjalanan Format Terkini

Admin mendapat maklum bahawa format borang tuntutan perjalanan atau T&T telah berubah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan borang tersebut dalam format ms excell sila Klik di sini untuk muat turun.

Selasa, 28 Julai 2015

e-Prestasi

URL atau alamat web e-prestasi telah berubah. Semua pentadbir sekolah boleh mendapatkan maklumat dan bahan rujukan tentang e-prestasi dengan klik pada ikon Sistem Maklumat Guru di sebelah atau klik di sini

Guru-guru boleh menyemak maklumat peribadi dan markah prestasi dengan klik pada ikon di sebelah atau klik di sini.

Isnin, 27 Julai 2015

PEMATUHAN KOHOT UMUR UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1

Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pentadbir tentang kohot umur untuk kemasukan pelajar Tahun 1. Di sini admin sertakan kalausa berkenaan pematuhan kohot umur untuk pendaftaran tahun 1 sebagai panduan bersama.

'Mulai dari tahun 1998, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajan dan Sekolah Swasta dilarang menerima murid baru di bawah umur', sama ada didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun 1998 hendaklah dilahirkan di antara 2.1.1991 hingga 1,1,1992, Ini bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang herkenaan tidak. perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan,'

guru-guru atau pentadbir boleh muat turun surat berkenaan dengan  klik di sini

Ahad, 19 April 2015

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid terkini.Sila Klik di sini untuk muat turun modul-modul tersebut.

Khamis, 9 April 2015

e-prestasi / PBPP

PBPP akan dilaksanakan sepenuhnya oleh KPM mulai April 2015. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat arahan pelaksanaan PBPP di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Sila klik di sini  untuk muat turun surat tersebut.

Ahad, 15 Februari 2015

APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)

PK HEM atau guru penyelaras perlu membaca terlebih dahulu Manual APB KWAPM ( guru KWAPM ) sebelum guru KWAPM dapat login dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan- Modul KWAPM.
Sila klik pada pautan di bawah untuk membaca manual pengguna berkaitan.

APB Biasiswa - Modul Permohonan Baru
APB Biasiswa - Semakan Murid Berjaya 
APB Biasiswa - Kemaskini Murid Tertanggung 
APB KWAPM - Permohonan KWAPM (Pengguna - Guru KWAPM) 
APB KWAPM - Permohonan KWAPM (Pengguna - Pengetua & Guru Besar) 

Untuk ke laman sesawang Aplikasi Pengurusan Bantuan sila klik di sini atau klik pada ikon KWAPM di sebelah.

Rabu, 21 Januari 2015

Borang-borang KWAPM

Kepada guru-guru atau PK HEM yang memerlukan borang-borang berkaitan KWAPM sila klik pada pautan di bawah untuk proses muat turun.
Borang Akuan Penerimaan KWAPM format ms word
Borang Permohonan KWAPM format excell
Borang Permohonan KWAPM PDF

Rabu, 14 Januari 2015

Borang Untuk Aplikasi Pangkalan Data Murid

Guru-guru atau PK HEM boleh muat turun borang Aplikasi Pangkalan Data murid yang telah disedaiakan oleh Admin APDM. Borang tersebut boleh digunakan untuk pendaftaran secara manual tahun 1 dan juga untuk mengemaskini maklumat APDM. Sila klik di sini untuk proses muat turun.