Pegawai yang dinilai (PYD) melalui kaedah PBPPP perlu menyediakan keberhasilan masing-masing. Untuk memudahkan PYD, pihak Bahagian Kompetensi KPM telah menyediakan tapak dalam format ms excell. Borang keberhasilan yang telah disediakan perlu diserahkan kepada Pegawai Penilai Masing-masing. Sila klik pautan berikut untuk proses muat turun.
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excell versi 2003-2007 (xls)
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excel versi terkini (xlsx)
Panduan cara menulis keberhasilan yang tepat.
Portal perkongsian maklumat berkaitan Perkhidmatan Pendidikan. Sila klik butang Follow untuk sentiasa mendapat maklumat terkini.
Rabu, 19 Februari 2020
TAPAK SKOR PENILAIAN PDPC STANDARD 4 SKPMg2 Ver 1.2
Sila klik di sini untuk muat turun Tapak Skor Penilaian PdPC Standard 4 SKPMg2 Ver. 1.2
BORANG KEBENARAN KE LUAR NEGARA
Semua penjawat awam yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ketua jabatan. Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut.
Jumaat, 23 November 2018
MyPortfolio
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM
PENGENALAN
1. Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
2. Latar Belakang
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.
3. Pelaksanaan
Bagi memantapkan pelaksanaan panduan kerja, maka PKPA ini dihasilkan dengan memberikan fokus kepada elemen utama berikut:
i. Konsep myPortfolio; dan
ii. Pemantapan myPortfolio.
ii. Pemantapan myPortfolio.
4. Konsep myPortfolio
myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
i. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
5. Pemantapan myPortfolio
Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Isnin, 12 November 2018
SOP PENGURUSAN MURID
Dalam posting kali ini admin akan berkongsi beberapa PPT Show berkaitan SOP dan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh waris. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun dokumen berkenaan.
PPT FAQ Permohonan Pertukaran Murid Warganegara
Borang Rayuan Penempatan Semula (RPS) Tahun 1 (format ms word)
Borang Rayuan Pemenpatan Semula (RPS) Tahun 1 (format pdf)
Borang Permohonan Belajar Semuala (ASBS) (format ms word)
Borang Permohonan Belajar Semula (ASBS) (format pdf)
Borang Rayuan Penempatan Semula (RPS) Tahun 1 (format ms word)
Borang Rayuan Pemenpatan Semula (RPS) Tahun 1 (format pdf)
Borang Permohonan Belajar Semuala (ASBS) (format ms word)
Borang Permohonan Belajar Semula (ASBS) (format pdf)
Jumaat, 2 Mac 2018
PANDUAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2020 DAN 2021
Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.
Tindakan Ibu Bapa/Waris/Penjaga
Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).
Pastikan
kohot umur anak adalah betul.
Lahir
pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015. Tahun 1 pada 2021.
Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.
Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.
Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai
pengguna sebelum ini.
Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.
Daftar anak menggunakan Nombor Mykid / surat
beranak jika tiada nombor Mykid.
Isi semua
maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.
Klik simpan
bagi setiap paparan yang telah diisi.
Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang
telah diisi.
Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas
hati.
Cetak maklumat
permohonan dan tandatangan.
Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri
maklumat yang telah dicetak bersama-sama
dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan
Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan
dan perakuan oleh pihak sekolah.
Ibu Bapa / Waris boleh
menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses
permohonan.
ibu Bapa / Waris
boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat
proses kelulusan dan penempatan.
Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
Tindakan Sekolah.
Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan
cara log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my
dengan menggunakan ID dan Password Admin dan klik pada menu edaftar rendah.
PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris.
(rujuk senarai semak dalam dokumen
permohonan yang dicetak oleh waris)
PT perlu
semak maklumat permohonan dengan teliti
dan buat perakuan dalam sistem APDM.
Tindakan PPD
Memantau proses
permohonan oleh waris dan sekolah.
Membuat
penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Meluluskan
rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.
Sila klik pada url yang diberikan di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.
1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web https://public.moe.gov.my dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.
2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.
Takwim e-Daftar Rendah
Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2020
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2020
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2020 hingga bulan Disember.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan
Ditutup : 30-09-2020
Proses Rayuan Pertukaran Penempatan.
Waris boleh membuat Rayuan Pertukaraan Penempatan melalui cara berikut.1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web https://public.moe.gov.my dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.
2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.
Ahad, 31 Disember 2017
Langkah-Langkah Membuat Penetapan Kelas Untuk Murid Tahun 1 2018.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Dalam posting kali ini Admin akan berkongsi langkah-langkah untuk membuat penetapan kelas untuk murid-murid tahun 1 2018.
Setelah selesai proses Tetapan Kelas Tahun 1 2018. Guru Kelas boleh mengemaskini maklumat murid dengan menggunakan ID Guru Kelas.
Rabu, 6 Disember 2017
Semakan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah membuka semakan pusat UKSBP bermula pada 30 November 2017 hingga 15 Disember 2017. Untuk membuat semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian sila klik di sini.
Sumber : Laman Web KPM
Langgan:
Catatan (Atom)

