Semua murid tahun 6 SK Paya Besar diminta menjawab soal selidik kajian impak Bahasa melayu. Sila klik di sini
Portal perkongsian maklumat berkaitan Perkhidmatan Pendidikan. Sila klik butang Follow untuk sentiasa mendapat maklumat terkini.
Ahad, 20 April 2025
Khamis, 6 Mei 2021
BORANG PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT TIME BASE
Guru-guru/Penolong Kanan yang layak untuk kenaikan pangkat Time Base boleh muat turun borang-borang berkenaan mengikut kategori masing-masing.
Kategori 1a ( untuk gred 29 dan 41/42 ) pdf klik di sini
Kategori 1a ( untuk gred 29 dan 41/42 ) ms word klik di sini
Kategori 1b ( untuk gred 32,34,34,44,48, 52 ) pdf klik di sini
Kategori 1b ( untuk gred 32,34,34,44,48, 52 ) ms word klik di sini
Kategori 3 (Untuk Pentadbir) Pdf Klik di sini
Kategori 3 (Untuk Pentadbir) ms word Klik di sini
Selasa, 18 Ogos 2020
Rabu, 19 Februari 2020
TAPAK KEBERHASILAN UNTUK PBPPP
Pegawai yang dinilai (PYD) melalui kaedah PBPPP perlu menyediakan keberhasilan masing-masing. Untuk memudahkan PYD, pihak Bahagian Kompetensi KPM telah menyediakan tapak dalam format ms excell. Borang keberhasilan yang telah disediakan perlu diserahkan kepada Pegawai Penilai Masing-masing. Sila klik pautan berikut untuk proses muat turun.
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excell versi 2003-2007 (xls)
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excel versi terkini (xlsx)
Panduan cara menulis keberhasilan yang tepat.
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excell versi 2003-2007 (xls)
Klik di sini untuk tapak keberhasilan format ms excel versi terkini (xlsx)
Panduan cara menulis keberhasilan yang tepat.
TAPAK SKOR PENILAIAN PDPC STANDARD 4 SKPMg2 Ver 1.2
Sila klik di sini untuk muat turun Tapak Skor Penilaian PdPC Standard 4 SKPMg2 Ver. 1.2
BORANG KEBENARAN KE LUAR NEGARA
Semua penjawat awam yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ketua jabatan. Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut.
Jumaat, 23 November 2018
MyPortfolio
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM
PENGENALAN
1. Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
2. Latar Belakang
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.
3. Pelaksanaan
Bagi memantapkan pelaksanaan panduan kerja, maka PKPA ini dihasilkan dengan memberikan fokus kepada elemen utama berikut:
i. Konsep myPortfolio; dan
ii. Pemantapan myPortfolio.
ii. Pemantapan myPortfolio.
4. Konsep myPortfolio
myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
i. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
5. Pemantapan myPortfolio
Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Isnin, 12 November 2018
SOP PENGURUSAN MURID
Dalam posting kali ini admin akan berkongsi beberapa PPT Show berkaitan SOP dan soalan-soalan yang kerap ditanya oleh waris. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun dokumen berkenaan.
PPT FAQ Permohonan Pertukaran Murid Warganegara
Borang Rayuan Penempatan Semula (RPS) Tahun 1 (format ms word)
Borang Rayuan Pemenpatan Semula (RPS) Tahun 1 (format pdf)
Borang Permohonan Belajar Semuala (ASBS) (format ms word)
Borang Permohonan Belajar Semula (ASBS) (format pdf)
Borang Rayuan Penempatan Semula (RPS) Tahun 1 (format ms word)
Borang Rayuan Pemenpatan Semula (RPS) Tahun 1 (format pdf)
Borang Permohonan Belajar Semuala (ASBS) (format ms word)
Borang Permohonan Belajar Semula (ASBS) (format pdf)
Jumaat, 2 Mac 2018
PANDUAN PERMOHONAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2020 DAN 2021
Panduan Ringkas kepada Ibu Bapa / waris / Sekolah / PPD untuk proses pendaftaran tahun satu secara atas talian.
Tindakan Ibu Bapa/Waris/Penjaga
Anak / Kanak-kanak bertaraf warganegara (Rujuk surat beranak / sijil lahir).
Pastikan
kohot umur anak adalah betul.
Lahir
pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015. Tahun 1 pada 2021.
Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.
Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016. Tahun 1 pada 2022.
Ibu Bapa / Waris perlu mendaftar diri sebagai pengguna baharu / log masuk jika sudah berdaftar sebagai
pengguna sebelum ini.
Pilih menu atau ikon pendaftaran Tahun 1.
Daftar anak menggunakan Nombor Mykid / surat
beranak jika tiada nombor Mykid.
Isi semua
maklumat yang dikehendaki oleh sistem terutamanya yang berbintang merah.
Klik simpan
bagi setiap paparan yang telah diisi.
Setelah siap mengisi semua maklumat semak sekali lagi semua maklumat yang
telah diisi.
Klik butang perakuan dan hantar permohonan jika sudah berpuas
hati.
Cetak maklumat
permohonan dan tandatangan.
Ibu Bapa / Waris perlu menyerahkan sendiri
maklumat yang telah dicetak bersama-sama
dengan salinan Sijil lahir anak, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga, Salinan
Surat Nikah, dan Salinan bil elektik/air ke pejabat sekolah untuk proses semakan
dan perakuan oleh pihak sekolah.
Ibu Bapa / Waris boleh
menyemak status permohonan dari masa ke semasa secara dalam talian dengan cara log masuk seperti di awal proses
permohonan.
ibu Bapa / Waris
boleh mencetak surat penempatan setelah pihak PPD /JPN selesai membuat
proses kelulusan dan penempatan.
Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
Bagi waris yang tidak sempat membuat pendaftaran secara online, waris masih boleh membuat pendaftaran lewat dengan cara terus ke sekolah dan membuat proses pendaftaran lewat di sekolah dengan membawa semua dokumen yang diperlukan.
Tindakan Sekolah.
Pihak sekolah boleh memantau perkembangan proses permohonan secara atas talian dengan
cara log masuk laman web https://apdm.moe.gov.my
dengan menggunakan ID dan Password Admin dan klik pada menu edaftar rendah.
PT terima dokumen permohonan lengkap yang telah serahkan oleh waris.
(rujuk senarai semak dalam dokumen
permohonan yang dicetak oleh waris)
PT perlu
semak maklumat permohonan dengan teliti
dan buat perakuan dalam sistem APDM.
Tindakan PPD
Memantau proses
permohonan oleh waris dan sekolah.
Membuat
penempatan berdasarkan syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan.
Meluluskan
rayuan penempatan yang telah dibuat oleh waris / sekolah.
Sila klik pada url yang diberikan di atas untuk terus ke laman web untuk proses permohonan.
1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web https://public.moe.gov.my dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.
2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.
Takwim e-Daftar Rendah
Tarikh eDaftar Rendah Di Buka : 01-03-2020
Tarikh tutup edaftar rendah : 30-04-2020
Tarikh Daftar lewat Dibuka : 01-04-2020 hingga bulan Disember.
Tarikh Pengesahan Penempatan : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan Dibuka : 01-08-2020
Tarikh Rayuan
Ditutup : 30-09-2020
Proses Rayuan Pertukaran Penempatan.
Waris boleh membuat Rayuan Pertukaraan Penempatan melalui cara berikut.1. Bagi waris yang membuat permohonan sendiri secara on-line, Rayuan boleh dibuat mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020. Waris hanya perlu log masuk ke lawan web https://public.moe.gov.my dan membuat rayuan melalui sistem tersebut. Atau waris boleh hadir membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah asal dan memaklumkan hendak membuat rayuan penempatan tahun 1 ke sekolah lain. PT sekolah asal boleh memproses rayuan tersebut.
2. Bagi waris yang mendaftar secara manual (didaftar melalui PT sekolah) waris perlu hadir membuat pengesahan di pejabat sekolah asal mulai 01-08-2020 hingga 30-09-2020 dan memaklumkan kepada PT sekolah tersebut bahawa mereka hendak membuat rayuan penempatan sama ada dalam daerah/antara daerah /antara negeri. PT di sekolah berkenaan akan membuat proses rayuan tersebut secara online melalui https://apdm.moe.gov.my.
Ahad, 31 Disember 2017
Langkah-Langkah Membuat Penetapan Kelas Untuk Murid Tahun 1 2018.
Assalamualikum dan Salam Sejahtera. Dalam posting kali ini Admin akan berkongsi langkah-langkah untuk membuat penetapan kelas untuk murid-murid tahun 1 2018.
Setelah selesai proses Tetapan Kelas Tahun 1 2018. Guru Kelas boleh mengemaskini maklumat murid dengan menggunakan ID Guru Kelas.
Rabu, 6 Disember 2017
Semakan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2018
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah membuka semakan pusat UKSBP bermula pada 30 November 2017 hingga 15 Disember 2017. Untuk membuat semakan Pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Secara Dalam Talian sila klik di sini.
Sumber : Laman Web KPM
PENGGUNAAN BUKU KERJA MURID DI SEKOLAH RENDAH
Penggunaan buku kerja di sekolah rendah telah menimbulkan
berbagai reaksi dari guru-guru dan ibu bapa. Beberapa pekeliling Kementerian
Pendidikan telah dikeluarkan untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Dalam hal
ini, Kementerian berpendapat bahawa buku kerja yang baik dan sesuai isi
kandungannya sebagai bahan tambahan boleh digunakan oleh guru-guru untuk
memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tanpa
mengabaikan penggunaan buku teks. Perlu ditegaskan di sini bahawa buku teks adalah
merupakan bahan utama yang wajib digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan buku kerja hanyalah sebagai bahan tambahan.
Pihak KPM telah mengeluarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2000 sebagai garis panduan mengenai penggunaan
buku kerja sekolah rendah untuk dipatuhi oleh semua Guru Besar dan guru. Garis
panduan tersebut adalah seperti berikut:
(A) PENGGUNAAN
- Murid-Murid Tahap I tidak dibenarkan menggunakan buku kerja kerana Buku Latihan Aktiviti (BLA) telah disediakan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan.
- Bagi murid-murid Tahap 2, hanya satu judul buku kerja sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar bagi tiap-tiap satu mata pelajaran KBSR seperti dalam jadual berikut:
JENIS
SEKOLAH
|
MATA
PELAJARAN
|
SK
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
|
SJKC
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Cina
|
SJKT
|
Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil
|
(B) PEMILIHAN
Bagi murid-murid di Tahap 2,
- Pemilihan buku-buku kerja hendaklah dilakukan oleh panitia mata pelajaran KBSR sekolah masing-masing berdasarkan kepada keperluan pelajar dan kesesuaian isi kandungan, mutu dan harga.
- Hanya satu judul buku kerja dibenarkan dipilih untuk tiap-tiap satu mata pelajaran seperti di para 2(A) 2 di atas.
- Isi kandungan buku kerja yang dipilih hendaklah bersesuaian dan menepati kemahiran yang disarankan dalam Buku Panduan Khas KBSR dan sesuai dengan peringkat kebolehan murid. Laporan pemilihan yang terperinci hendaklah disediakan bagi setiap buku kerja yang dipilih berdasarkan criteria sekolah masing-masing mengenai isi kandungan, mutu dan harga.
- Harga buku kerja yang dipilih hendaklah berpatutan dan tidak membebankan ibu bapa.
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah dimaklurnkan mengenai buku-buku kerja yang dipilih.
(C) PENJUALAN
- Penerbit tidak dibenarkan membuat promosi jualan kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah.
- Buku kerja tidak dijual pada awal tahun persekolahan untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa,
- Murid-murid tidak wajib membeli buku kerja yang dipilih oleh pihak sekolah dan ibu bapa boleh memilih untuk membeli atau tidak buku kerja yang dicadangkan.
- Setiap judul buku kerja yang dipilih hendaklah disenaraikan dalam kategori 'pilihan' dalam senarai tajuk buku dan peralatan yang dicadangkan untuk dibeli oleh murid.
Sumber : SPI KPM Bil.1/2000 (sila klik untuk muat turun)
Isnin, 23 Oktober 2017
BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
Kepada pegawai-pegawai kakitangan awam yang dalam pemangkuan perlu mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas untuk urusan perakuan kenaikan pangkat sama ada hakiki atau Khas Untuk Penyandang (KUP). Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut.
Rabu, 4 Oktober 2017
PERMOHONAN LAWATAN PELAJAR
GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG
DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957
(THE SCHOOLS (TOURS) REGULATIONS 1957
Pendahuluan
Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.
1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Sschools (Tours) Regulation 1957” Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966. Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.
2. Pekeliling-pekeliling yang masih berkuat kuasa perlu dipatuhi sepenuhnya. Surat Pekeliling Ikhtisan bil.12/2000, Surat Pekeliling Ikhtisan bil.5/2002, dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2016,
3. Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan.Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.
4. Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
Bagi Lawatan Ke luar Negeri, tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan dan tambahan 1 salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.
Contoh:
Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka (1 salinan)
Port Dickson di Negeri sembilan (1 salinan)
Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan (1 salinan)
Jumlah borang ( 6 + 3 = 9 salinan )
- Pastikan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar /Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru besar / Pengetua)
- Borang permohonan perlu dihantar ke PPD Baling Sik dalam tempoh 4 minggu sebelum tarikh lawatan.
1. Surat Permohonan Kebenaran Lawatan oleh sekolah.
2. Borang permohonan Lawatan (LAW A) diisi mengikut jumlah seperti perkara 4 di atas)
3. Surat Kebenaran Lawatan (LAW B) diisi mengikut jumlah borang (LAW A)
4. SPI.Bil.12.2000 lawatan hari sekolah.
5. SPI.Bil.5.2002 lawatan hari persekolahan.
6. SPI.Bil.5.2007.Garis panduan lawatan.
7. SPI Bil.5.2016. Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Dalam atau Luar Sekolah terkini.
8. SPKPM.KP.8592I Bertarikh 12.7.1966.
9. Surat Siaran Pematuhan Peraturan Lawatan JPN Kedah
8. Senarai Semak Permohonan Lawatan.
Rabu, 20 September 2017
PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN, SMKA, KRK DAN KAA TAHUN 2018
Permohonan Ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018 telah dibuka pada 17 September 2017. Ibu bapa atau waris pelajar yang berminat sila berhubung dengan pihak sekolah rendah (PK HEM/ guru kelas / penyelaras tahun 6) tempat pelajar bersekolah sekarang ini untuk mendapatkan borang permohonan.
Takwim permohonan ke sekolah kawalan, SMKA, KRK dan KAA bagi sesi persekolah 2018.
17 September 2017 hingga 20 September 2017 edaran borang oleh pihak sekolah. kepada waris.
18 September hingga 20 September 2017 sekolah menerima borang daripada waris.
20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 pihak sekolah mengisi permohonan dalam sistem APDM.
20 September 2017 hingga 31 Oktober 2017 Proses pengesahan permohonan yang lengkap oleh pentadbir sekolah.
17 Disember 2017 Keputusan kelulusan permohonan akan diumumkan. Waris akan dimaklumkan melalui SMS.
Jumaat, 28 Julai 2017
eDaftat Menengah (Pendaftaran Tingkatan 1)
Salam sejahtera. Proses pendaftaran pelajar ke Tingkatan Satu 2018 dibuka mulai 1 Ogos 2017. Guru kelas boleh klik di sini untuk terus ke laman APDM bagi proses pendaftaran e-daftar menengah. Borang BPPS untuk diisi oleh pelajar boleh dimuat turun dengan klik di sini.
Selasa, 4 Julai 2017
AWAS!!!!!! JAUHI LAMAN APDM PALSU (APLIKASI PANGKALAN DATA MURID)
Awas!!!! Jauhi laman Web APDM palsu
(Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Semua warga pendidik atau pengguna laman web APDM perlu peka kepada kewujudan laman web APDM palsu. Terdapat banyak laman web APDM palsu dibina oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang tidak diketahui. Seperti yang semua sedia maklum aplikasi / laman web APDM merupakan pangkalan data pelajar sekolah seluruh malaysia yang sangat penting. Sehubungan itu semua pengguna dan ADMIN kepada aplikasi APDM ini perlu berhati-hati dan menjaga kerahsian ID dan kata laluan masing masing.
Kenapa perlu berhati-hati dengan laman web APDM palsu?
- Laman web APDM palsu dibuat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai tujuan yang kita tidak ketahui.
- Dibimbangi laman web APDM palsu mempunyai unsur-unsur virus yang boleh menceroboh sistem komputer kita dan mencuri-maklumat-maklumat atau data-data peribadi yang penting.
- Berkemungkinan Laman web APDM Palsu boleh mencuri ID dan Kata Laluan Admin atau Pengguna APDM apabila admin atau pengguna 'key In" ID dan kata laluan dalam laman web APDM palsu tersebut dan seterunya mencuri maklumat-maklumat yang terdapat dalam APDM.
Apakah tindakan kita sebagai admin atau pengguna APDM?
- Taip URL atau alamat laman web https://apdm.moe.gov.my dalam "adress bar" browser. jangan taip pada "search" kerana akan muncul berpuluh-puluh laman APDM palsu.
- Jangan klik kepada sebarang ikon APDM atau link APDM yang tidak pasti atau tidak jelas URL (alamat) web nya.
- Set "bookmark" laman web APDM supaya memudahkan admin atau pengguna apabila hendak melayari aplikasi pada waktu akan datang.
- ID dan kata lauan APDM adalah sulit dan perlu disimpan dengan berhati-hati.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna APDM dari terperangkap dengan laman-laman APDM palsu.
Rabu, 21 Jun 2017
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia
Surat Pelaksanaan dari KPM sila klik di sini
Sijil Perlindungan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia sila klik di sini
Panduan tatacata membuat tuntutan sila klik di sini.
Untuk muat turun borang tuntutan sila klik di siniKETERANGAN RINGKAS TENTANG SKIM TAKAFUL PELAJAR MALAYSIA
SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN(TPSM)
I. TUJUAN SKIM
Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajar pelajar yang sentiasa terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan ”Kempen Sekolah Penyayang” berasakan suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
II. PELAKSANAAN SKIM
Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan penyertaan adalah wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
III. SKOP PERLINDUNGAN
3.1 TPSM yang dicadangkan ini menyediakan manfaat perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana termasuk :
i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.
3.2 Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut :
SKOP AMAUN (RM)
A) KEMATIAN akibat kemalangan - 5000
B) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH Akibat kemalangan - 20,000
C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut : - 20,000
a) Satu atau kedua-dua tangan di atas paras dari pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan sebelah atau kedua-dua mata Akibat dari kemalangan.
D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit biasa - 1,000
E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari, Semasa tempoh dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia disebabkan oleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan. - 25.00 sehari
3.3 Had perlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau bagaimanapun, adalah tertakluk kepada amaun manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan mengikut kiraan pro-rata.
3.4 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi seluruh dunia.
IV. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari menjadi pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
V. KEKECUALIAN
5.1 Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luas, ia adalah tertakluk kepada kekecualian-kekecualian seperti berikut :
(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor, tinju, gusti dan sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.
Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix) dan (x).
VI. TUNTUTAN
6.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh STMSB.
6.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajar-pelajar berkenaan atau waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat, penerimaan tawaran hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja. Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB.
6.3 Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara langsung mengenai TPSM dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak berurusan dengan STMSB.
6.4 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.
6.5 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh STMSB.
6.6 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.
*Maklumat ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Sila rujuk dengan syarikat Takaful Malaysia untuk maklumat yang tepat dan terkini.
Skim Insurans Murid Sekolah bagi pelajar yang menaiki bas sekolah (SPAD).
Untuk muat turun borang tuntutan (SPAD) sila kilik di siniSabtu, 10 Jun 2017
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita pernah mendengan SSDM. Dahulu SSDM adalah akronim bagi Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Untuk makluman kepada yang belum tahu akronim SSDM telah berubah, sesuai dengan penambahbaikan yang dilakukan kepada sistem ini. Nama baharu sistem ini ialah Sistem Sahsiah Diri Murid.
Kenapa nama sistem ini telah berubah? Secara ringkasnya penambahbaikan telah dilakukan kepada sistem ini. SSDM yang lama hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Fungsi SSDM yang telah ditambahbaik ialah pihak sekolah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid selain fungsi asalnya iaitu mencatat rekod salah laku murid sahaja.
Melalui penambahbaikan ini para murid berpeluang untuk mendapatkan markah amalan terpuji yang telah dilakukan di sekolah. Nampak lebih adil bukan?
Kepada guru-guru atau pihak sekolah yang perlu menggunakan sistem ini bolehlah klik di sini untuk mengakses ke sistem tersebut atau boleh juga klik pada ikon SSDM di sebelah.
Langgan:
Catatan (Atom)









